Image

Alhamdulillah. Final exam bakal menyusul 6 Mei 2012 ini InshaAllah. Pejam celik pejam celik, hampir habis pengajian 1st year sebagai Medical Student di Al-Azhar University. Sungguh pantas masa berlalu. Masih berbaki 5 tahun pengajian untuk melayakkan kita bergelar seorang HO InshaAllah kalau panjang umurnya.

Bersyukur pada Allah s.w.t kerana memilih kita sebagai Profesional Dai’e yang bakal menyebarkan risalah dakwah Muhammad s.a.w. Bukan saja-saja Allah s.w.t memilih kita untuk belajar disini. Pasti ada sebabnya.

Komen sepanjang pengajian?

No comments. Everything is perfect! Dukturah mengajar kami dengan bersungguh-sungguh. Serious. Kalau ada yang tidak difahami,  dukturah sanggup ‘repeat’ mengajar  10 kali.

These 4 subjects. Anatomy,Physiology, Histology dan Biochemistry. Nampak macam sikit shj kan? Hakikatnya, ‘keturunan’ buku ini sangatlah banyak..hihi. Menitis air mata nak Masyi semua subjek. Tapi Fuhh! Alhamdulillah, lega hampir habis semua syllabus. Tidak ketinggalan juga Al-Quran & Nahu Sorof.

Okaylah, kita sambung apa sebenarnya yang saya nak kongsikan sepanjang bergelar Al-Azharian as well as a Medical student.

Sebelum itu, jom kita sama-sama ‘refresh’ niat kita. Apa erti saya menuntut ilmu (sebagai bakal Doktor Mukminah) di Mesir?..Bismillah…..

Sudah ‘refresh’? Alhamdulillah. Okay, next…

Jom kita check sepanjang kita belajar disini, ilmu-ilmu yang kita pelajari ini mendekatkan kita pada Allah S.W.T @ sebaliknya?

Ianya suatu nikmat @ istidraaj? Jika ianya mendekatkan diri kita,jiwa kita pada Allah s.w.t, maka ianya adalah nikmat. Jika tidak, ia adalah istidraj. Sebelum itu, saya terangkan sedikit maksud istidraaj.

Istidraaj ialah suatu yang Allah s.w.t kurniakan kepada hamba2Nya supaya hamba2Nya lebih jauh daripadaNya. Sebagai contoh, Allah s.w.t kurniakan kepada Firaun kesihatan dan dia tidak pernah sakit!, harta kekayaan  dsb. Hasilnya, Firaun menjadi angkuh dan mengaku dirinya sebagai Tuhan! Naudzubillah~

Kita sebagai pelajar medic yang mempelajari sesuatu dari sekecil2 ‘Chemical molecules’ in (Biochemistry), ‘Structure of the Cells’ in (Histology), ‘How the process/regulation occurs’ etc. in (Physiology) hinggalah sebesar2 organ yang kita lihat pada Cadaver dalam Anatomy Lab section kan (Anatomy)?

Okay, cuba check sepanjang kita belajar, ada x terdetik hati nak lafaz ‘Subhanallah!’? . Ada x hati ini rasa betul-betul kagum dengan nervous system yang Allah ciptakan pada kita? Belajar ‘flexion’, ’extension’, ‘adduction’, ‘abduction’ of upper and lower limbs. Kalau ada ‘lesion’ pada saraf2 setiap muscles, mesti susah untuk kita beramal ibadah kan?

Dalam Anatomy Lab Section, xkan pegang2 je ‘cadaver’ tu? Hafal nama-nama organs dan muscles je? Bukankah dalam diri setiap pelajar Mukmin itu hatinya mengingati Allah s.w.t! so, let’s Say Subhanallah! Cantiknya, uniknya organ yang Allah cipta ini kan? Bagaimana setiap organ-organ ini ‘co-op’ untuk membolehkan kita meng’abdi diri pada Allah s.w.t. ? Subhanallah ! Betapa hebatnya Allah s.w.t kan?

Dalam bab Immunity, kita semua belajar bagaimana Leucocytes ( WBCs)  ini ‘kill’ the foreign body, bacteria etc. MashaAllah, Allah s.w.t sudah ciptakan dalam badan kita ini ada ‘Pasukan Penyelamat’ kan?  These leucocytes co-op together to form their function. Cuba bayangkan kalau Allah s.w.t tidak ciptakan Leucocytes ni? Dalam bab Hemostasis. Kita belajar bagaimana Erythrocyte (RBCs) , Thrombocytes (platelets) co-op untuk halang pendarahan yang berlaku. Dengan specific factors dan banyak lagilah! MashaAllah! Cuba bayangkan kalau Allah s.w.t tidak ciptakan proses ini. Bagaimana agaknya ya kalau injured yang serious?, hatta terluka dijari sedikit pun!

The Cells co-op to form The Tissues, The Tissues co-op to form The Organs, The Organs co-op to form the Systems and Finally becoming the Organisms. Kesemuanya  sekalipun xpernah ingkar perintah Allah s.w.t kan? Seolah-olah mereka tahu bahawa mereka perlu taat pada Allah s.w.t untuk jalankan ‘amanah’  yang Allah s.w.t beri pada mereka sebaik-baiknya. Untuk apa? Supaya kita dapat beramal ibadah! Supaya kita ‘selesa’ untuk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi Allah!

Subhanallah ! We are the best Creation! Kita adalah sebaik-baik kejadian!

” Mata melihat, telinga mendengar, minda merakam apa yang diajar oleh guru, tetapi hati kita ini perlu merenung Allah! “

Segalanya perlu kembali pada Allah s.w.t, barulah ilmu itu berkat bukan?

Belajar tentang diseases, perlu kita ingat Hadis Rasulullah s.a.w mafhumnya : “Dua nikmat yang Allah kurniakan pada kita dan kita sering lalai pada kedua2nya iaitu Nikmat Sihat dan Nikmat Masa Lapang.”

Saya highlight pada Nikmat Sihat. Sahabat2  terfikir x, kenapa Allah jadikan penyakit?

Sebab manusia ini selalu lalai dan lupa kepadaNya kan? Jadi, Allah s.w.t  ciptakan penyakit sebagai peringatan kepada hamba2Nya untuk kembali padaNya. Ianya juga sebagai kifarah dosa-dosa kita semua yang menggunung banyaknya. Tetapi bagi hati hamba2Nya yang gelap, masih lagi tidak mahu kembali pada Allah s.w.t, masih lagi berasa nikmatnya bermaksiat kan? Bukannya menjadikan penyakitnya itu sebagai peringatan buat dirinya. Barangkali Allah s.w.t sudah tutup pintu hati mereka. Naudzubillah!

Tazkirah seperti ini pun kita boleh beri pada bakal2 ‘patients’ kita nanti inshaAllah kan? Bukankah kita semua mahu menjadi seorang doktor Mukmin kan? 🙂

Al-Khullasah~

Bersungguh –sungguh lah dalam setiap apa yang kita lakukan terutamanya kita sebagai pelajar perlu ‘struggle’ dalam belajar. Allah s.w.t lihat usaha kita. ‘Result’ exam nya sudah termaktub di Luh Mahfuz nun disana. ‘What you give. You get back!’ Jika gigih usaha kita,gempaklah result kita nanti InshaAllah. Hehe

Kalau gagal, jangan kecewa. Anda tidak gagal tetapi belum cukup usahanya. Jangan berputus asa,tajdid Niat semula dan usaha lagi. InshaAllah pasti Dia tidak akan mengecewakan kita. Semoga ilmu yang kita pelajari mendekatkan kita kepada Allah s.w.t dan diberkati. Juga agar rezeki yang diperoleh dimasa akan datang juga berkat. InshaAllah 🙂

Wallahu’alam

* Thanks to I Luv Islam coz bagi pinjam gambar ^_~