Bismillah…

Just a simple entry I wanna share with girls out there. Bila tengok ramai sangat makhluk Allah ni suka ‘couple’. Yes, you know, between girls and boys. That makes me keep thinking.

Is it ber’couple’ really needed to prove your love? To love someone and to be loved by someone is just a simple thing right? Hmm…jom follow cerita ni~

Alhamdulillah, Allah ketemukan saya dengan seorang akak ni. She’s very kind. Bertudung labuh with jubah. Memang ‘alim lah tengok. Terkelu lidah nak panggil ustazah or just akak sebab ada soalan nak tanya ni..huhu..

Then,saje saya nak ta’aruf dengan akak yang comel ni. The golden-question yang saya tanya is “Akak pernah couple x?”

…huhu..saya ni pun satu, tengok akak se’alim camtu mesti la xpernah couple kan? tapi.. mane la tau kan…hehe

Dengan senyumnya yang sweet, akak menjawab:

“Cepumas soalan awak ni, hehe..alhamdulillah..xpernah..kenapa awak tanya soalan tu?” soal akak pada saya

“Erk,,hehe..xde lah..saje tanya…saya tengok kawan-kawan saya ramai sangat couple..hmm” jawab saya sambil tersengih2..

“Awak pernah couple ke?” tanya akak tu sambil angkat kening pada saya. Segan dibuatnya…hihi

Guess what? She has very beautiful eyes. Cantiknya akak ni…bertuah la siapa dapat..mujur saya xde abang..hehe

“Ish,.mane ada akak..xpernah jugak..ermm..kenapa akak xnak couple ea? Saya rasa akak ni mesti ramai peminat ni. Betul x? ngee~~” soal saya

“Erm..akak nak tanya awak, perlu ke kita beri cinta pada seseorang yang belum tentu jadi milik kita?” soal akak sambil tersenyum

“Errr…xperlu kot..akak mesti ada pendirian akak kan kenapa akak jawab macam tu..share la dgn saya..hehe” ujar saya

“Alhamdulillah, ni la bukti kita mampu melawan nafsu. Bukan senang nak mujahadah betul x? Cinta dengan manusia memang xboleh dipisahkan. Memang Allah ciptakan fitrahnya begitu. Memang betul kita ni mahu disayangi oleh insan lain selain family, kawan-kawan.. kan? Tapi bagi akak, apa salahnya kita simpan cinta kita ni pada seorang insan istimewa yang Allah ciptakan untuk kita.” Jelas akak yang comel ni..

Wah..akak ni dah macam ustazah la pulak..mmg ustazah kot..tapi betul juga apa yang akak ni cakap..Saya hanya mengangguk setuju.

“Dan dalam tempoh tu lah, kita boleh perbaiki diri kita, bentuk diri jadi muslimah solehah, utamakan tanggungjawab pada keluarga dulu, pelajaran kita, macam-macam kita boleh buat dalam tempoh tu. Maksud akak,tempoh sebelum Allah temukan kita dengan jodoh kita. Masa tu la kita gunakan sebaik-baiknya untuk berbuat baik pada mak ayah,bina lah diri jadi anak yang solehah. Nanti kalau dah berkahwin, lagi banyak tanggungjawab kita tau” tambah akak tu..

“hehe..betul tu akak,saya sokong” jawab saya sambil tersengih-sengih

“Masa tu juga lah kita jadikan sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam rumahtangga,buatlah persiapan yang sepatutnya. Kita nak jodoh yang soleh kan? So,kita kenalah jadi solehah. Barulah match..hehe..hmm..akak tengok remaja-remaja sekarang ni banyak habiskan masa dengan something yang xberfaedah. Yang kes couple, habiskan duit yang mak ayah bagi dengan beli topup sebab hari-hari kena call n mesej gf atau bf masing-masing kan? Beli hadiah,keluar tengok wayang..kalau awak perasan, mereka dah salah guna amanah yang mak ayah beri pada mereka. Berdosa x?” soal akak tu..

“Yes! Mestilah berdosa akak, xbaik buat mak ayah mcm tu,penat-penat kerja, diorang habiskan duit macam tu je..tu belum ada yang pegang tangan, paling teruk sampai buat maksiat,akibatnya sekarang ni tengoklah kes zina banyak sangat. Yang saya sedihnya akak sebab semuanya terjadi pada remaja Melayu. Malulah akak, kalau orang kafir tengok kita macam ni, sampai bila Islam nak naik kan?” ujarku

“Betul tu, sebenarnya couple ni lah yang mendekatkan kita dengan zina, memang mula-mula kita xde rasa apa-apa, tapi syaitan xpernah serik nak goda kita. akak rasa awak pun faham kan? Allah dah suruh kita jangan hampiri zina,inikan berzina!..Sebenarnya,jadi tanggungjawab kita lah nak amar ma’ruf nahi munkar ni, kalau ada kawan-kawan adik yang bercouple tu, nasihat lah mereka boleh?.” Ujar akak

“Ermm..inshaAllah akak, emm,akak, macam mana kalau ada yang Islamic couple tu? Akak pernah dgr x? Ye lah, diorang couple tapi macam jaga la kot adab-adab,ikhtilat semua tu” soal saya

“Islamic couple? Emm,Awak nak tahu x? syaitan ni pandai tau atur strategi, semua yang jahat dinampakkan jadi baik. Even kita jaga macam mana pun, masalah hati mesti timbul, mustahil lah si perempuan atau si lelaki xde bagi mesej2 rindu,sayang dan sebagainya. Walau dengan ungkapan ‘ana uhibbuki fillah’. Ye la, nak nampak Islamic katakan, kalau dah hari-hari mesej, selalu send tazkirah, even ada yang kejut qiamullail pun, xkan xde rasa ‘syok’ kat hati sebab Si dia send mesej pada kita. itu lah masalah hati sebenarnya. Jangan mulakan sesuatu dengan wasilah kemaksiatan,even kalau kita berkahwin pun dengan bf kita,dosa-dosa lampau tetap ada tau,mesti kena solat taubat!” Jelas akak tu..

Serius memang betul apa yang akak comel ni cakap…

“Habis tu akak, macam mana nak pilih jodoh kalau kita xkenal dia? Mestilah kena tau jugak kan? Entah-entah dia tu teruk ke, xsolat ke, xkan kita terus kahwin je dengan dia. Dah la xkenal” soal saya

“hehe..adik ni, macam dah nak nikah je bunyi? Jangan lupa jemput akak tau..hehe..akak gurau je..ermm…kalau adik nak tahu, jodoh kita ni sebenarnya ‘reflect’ dari kita sendiri. Kan Allah berfirman mafhumnya ‘Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan juga sebaliknya’..so, sebab tu lah dari sekarang kita janganlah sibuk bercinta, bentuklah akhlak dan peribadi diri dahulu, supaya Allah temukan kita dengan jodoh yang baik, xkan kita xyakin dengan Allah? hmm?? Soal akak..

“Hmm..betul tu akak, jodoh tu kan rahsia Allah, janji kita yakin Allah kurniakan yang terbaik buat kita,macam akak cakap, reflect dari diri kita sendiri..kalau kita baik,maka baiklah yang Allah beri dan sebaliknya..hehe..tapi kan akak, ada je yang isteri baik,suaminya pula jahat dan sebaliknya..macam mana pulak tu ye?”soal saya

“anggaplah itu ujian dari Allah. cuba lihat balik sirah-sirah terdahulu, Nabi Nuh a.s dan Nabi Luth a.s. Isteri2nya juga kufur dengan Allah kan? Tapi apa yang baginda buat? Selalu pujuk,nasihat dan ajar tentang Islam. Tengok Firaun pula, isterinya Asiah kan beriman dengan Allah. Kalau Allah takdirkan kita begitu, janganlah putus asa berdoa,semoga Allah bantu kita untuk pimpin ke jalan benar.” jelas akak comel

“Ermm..kita janganlah risau..inshaAllah, si dia yang Allah cipta pun sedang xsabar-sabar nantikan kita, binalah diri jadi wanita solehah, akak doakan awak semoga dapat jodoh yang soleh..sejujurnya,apa yang akak cakap ni peringatan buat akak juga” tambah akak sambil tersenyum manis

“Terima kasih akak, saya pun doakan akak jugak..inshaAllah,saya tengok akak ni confirm dapat yang soleh punya lah atau akak dah ada yang punya?..hehe” usik saya

“Ish..awak ni..belum tentu..hehe…inshaAllah, akak harap macam tu lah. Sama-sama kita bina diri,itu yang utama..” ujar akak comel….

“Erm,,akak study course apa ye?” soal saya..saje nak tahu..hehe

“Akak masih belajar lagi dan Alhamdulillah student medic 5th year..doakan akak jadi doktor solehah tau..hehe” jawab akak comel

Dalam hati,just wanna say…fuyyoo, dah la bakal doktor,solehah pulak tu..kenapa lah saya xde abang kan..kalau x,memang dah lama jadi kakak ipar ni..hihihi ~berangan~

Wah!! I wanna be like her. Keep my love for someone special and be a muslimah doctor too.. InshaAllah ^_^

Wallahu’alam~