Bismillah…

Alhamdulillah selesai Kuliah Tafaqquh fi-Din di Rumah Kedah Baru,Hayyu Sabi’ disampaikan oleh Syeikh Nuruddin al-Banjari. Beliau datang Mesir tau,terharu rasanya..hihi  🙂

Serius banyak points yang saya nak share dgn anda semua..

Generally, i can conclude hadis-hadis yang dibincangkan tentang keperluan kita untuk menjaga percakapan,tutur bicara dalam setipa apapun yang kita lakukan.

Part Tidak menjaga Lidah

 

“Kerana mulut antara anggota yang menjerumuskan seseorang itu ke dalam neraka”

Syarahnya, mulut antara anggota yang boleh menjerumuskan diri ke neraka berbanding anggota lain seperti tangan,mata,telinga dll. Xhairanlah Iman al-Ghazali mengatakan bahawa apa yang paling tajam dimuka bumi ini adalah Lidah! Ya, bak kata pepatah Melayu “Kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa”

Lidah yang menyampaikan keburukan seseorang, mengaibkan saudara sendiri, mengadu domba,mengatakan sesuatu yang lucah bukanlah ciri-ciri seorang Mu’min.

Dengan lidah,boleh memutuskan sillaturrahim, melemahkan kekuatan jiran tetangga, mencerai-beraikan suami isteri, menyakitkan hati dll. Biasanya penyakit ‘mulut’ ini dikaitkan dengan wanita. Mereka yang suka ‘menjaga tepi kain’ orang lain, mengaibkan wanita-wanita lai,mengumpat dan sebagainya. Bak kata syeikh ” Berita yang disampaikan mengalahkan internet lajunya”  😀

“Barangsiapa yang menjelekkan saudaranya, Allah tidak mematikannya sehingga ada orang lain melakukan perkara yang sama terhadapnya melainkan jika dia sudah bertaubat”

”Mencerca itu lebih buruk dari zina”

Means bukanlah nak kata berzina itu baik, tetapi dalam mencerca ni, melibatkan hubungan sesama manusia, selagi si pencerca tidak meminta maaf pada orang yang diaib olehnya,selagi itulah dia menanggung dosa, kalau dalam kes zina, melibatkan hubungan dengan Allah dan boleh bertaubat jika dia benar-benar kesal dan taubat Nasuha.

Part Memuji/Membesarkan Orang yang Fasiq

“Jangan menyanjung orang yang fasiq”

 

“Allah murka orang yang menyanjungi orang-orang yang fasiq,orang yang menyampaikan sesuatu yang kotor”

Hal ini termasuklah jika kita menyanjung orang-orang yang melanggar perintah Allah seperti tidak solat, menolak hukum Allah. Termasuk juga golongan artis  yang menyampaikan sesuatu yang melalaikan hati manusia dari mengingati Allah, pelawak yang dimana jenakanya itu mengakibatkan hati-hati manusia gelap kerana banyak ketawa.

kerana “Banyak ketawa itu mematikan hati dan melenyapkan cahaya dari muka”,  maka apabila hati mati,susahlah ilmu, nur dan hidayah nak diserap dalam jiwa. Makin lama,makin hilang cahaya keimanan dari wajah seorang Muslim.

Part Berzikir/Memuji Allah

“Jangan berzikir dalam keadaan kita lesu dan mengantuk”

Means bukanlah kita dilarang berzikir. Cuma, apabila kita berzikir dalam keadaan sangat2 letih,lesu,mengantuk akan menyebabkan tiada penghayatan maksud setiap zikir yang disebut.

Allah pun tidak suka kan jika kita ” macam xikhlas je ” menyebut namaNya.

Sebagai contoh, katakanlah kita berjumpa dengan Agung, then kita sebut ”Daulat Tuanku” sambil menguap,siap gosok-gosok mata lagi. Silap-silap dipancung nanti kepala, kalau nasib baik dapat lah penampar sebijik dimuka…hihi

bak kata orang, kenalah jaga adab,moral,manner kita kan? itu kes jumpa Agung. Cuba kalau dengan Allah S.W.T? Yang sudah tentunya Maha Agung,Maha Besar,Maha Kuasa.

Akhir kalam,

Diharap apa yang saya kongsikan ni dapat menjadi panduan utk anda semua dan khususnya diri saya sendiri. Moga selepas ini,kita lebih menjaga setiap kata-kata yang keluar dari mulut ini.

Alhamdulillah, point2 penting yang saya dapat dari taman-taman syurga sepanjang pengajian saya disini akan dikongsi lagi. Sampaikan ilmu ni pada semua orang tau! dan jangan lupa amalkan ye ^_~

Wallahu’alam~