Sewaktu bersiar-siar di KLCC, Mid Valley, Times Square dan seribu satu pasaraya lagi, hampir setiap kali akan berjumpa dengan remaja Melayu yang tidak ada langsung ciri-ciri kemelayuan.

Sekali pandang persis Minah dan Mat Salleh. Rambutnya berwarna-warni, didandan pula dengan make-up beserta aksesori, ditambah pula dengan skirt singkat, memang serupa dengan orang kulit putih, cuma kulit mereka sahaja bangsa Melayu.

Kenapa ya? melihat mereka membuatkan seolah-olah saya sedang membeli belah di pasaraya ternama di New York atau Hong Kong. Hebat bukan?

Memang diakui, fesyen mampu mencipta satu suasana yang berbeza. Cuba bayangkan sebentar, kita sekarang di Mid Valley dengan berjubah, dan hampir semua manusia di sekeliling kita berpakaian jeans ketat dan berskirt singkat, bukankah kita akan gusar?

Mana tidaknya, apa yang kita fikirkan ialah apa yang orang lain fikirkan terhadap kita. Betul?

“Eh, Minah ni, pakai jubah pulak.”

” x up-to-date langsung”

Dalam zaman yang serba canggih, hatta pakaian sekalipun mahu dicanggihkan (bukan jenama Canggih ye..^^). Hairanlah, entah dari mana pereka-pereka fesyen ini mendapat ilham.

Mereka mencipta pakaian dalam pelbagai versi, dedah belakang, tutup depan, dedah atas dan tutup bawah. Berlubang sana sini. Semua kelihatan hebat di mata kita kerana ia adalah sesuatu yang lain dalam norma masyarakat kita. Bukankah anda suka kalau anda menjadi perhatian?

Kita dan Fesyen

Teringat sewaktu saya dan dua orang teman lama bertemu, kami berjalan2 disebuah pusat membeli belah. Saya dan Si A mahu membeli pakaian. Al-kisah, singgahlah kami di sebuah kedai pakaian di Fashionshop membeli kemeja, saya memilih kemeja yang agak labuh manakala teman saya, si A memilih kemeja biasa. Lalu saya ditegur begini :

“Eh, kenapa labuh sangat?”.

Saya tergamam. Kelu lidah seketika. Walhal sebenarnya akal saya mencari-cari idea untuk membalas soalannya yang bagi saya tidak perlu dijawab.

“Erm, memang aku suka jenis yang macam ini.”

Sikap Umat Kita

Di zaman fesyen bohsia bohjan dijaja, akhlak hilang entah kemana, saya merasakan sesuatu telah hilang dalam diri kita. Sesuatu yang hilang itu yang pernah berlaku pada umat terdahulu; yang menyebabkan kita kehilangan zaman-zaman indah kegemilangan Tamadun Islam.

Apa yang Hilang?

 

Izzatul islam. Perasaan bangga dengan Islam. Umat kita sudah hilang perasaan bangga sebagai seorang Muslim. Mana tidaknya, kita sendiri yang merasa malu apabila berpakaian mengikut syariat, apabila tidak berhias, berdandan dan tidak mengikut trend fesyen. Berasa takut dianggap ketinggalan zaman.

Seolah-olah Muslim yang mengikut syariat tergolong dalam golongan yang terasing jika berpakaian menutup aurat kerana kebanyakan manusia berfesyen dengan fesyen dedah-dedah.

Ada satu lagi cerita. Harap siapa yang sudi membaca tidak jemu.

Suatu ketika handphone saya tiada kredit, then Ummi suruh saya call ayah atas urusan penting. Jadi saya buat keputusan utk telefon di public phone. Saya pun bersiap lah dan terus sambar tudung labuh yang disangkut belakang pintu bilik.

Sampai di public phone. Baru nak dail nombor tiba2 ada 2 orang gadis Melayu lalu dibelakang saya dan berkata:

“Hek eley minah ni,,kelam kabut pakai tudung labuh”

Saya pun jadi terpinga2 lah. Kenapa dengan mereka ni.Sudah lah memang saya tidak kenal dan cakap macam tu pula. Astaghfirulla~

Nah! Lihatlah apa yg berlaku pada masyarakat kita. Masing-masing2 mengaku Islam tapi tidak amalkan sedikit pun then nak ”condemn” kita pula.

Masing-masing sudah lupa, malaikat yang mencatat amalan kita di kiri dan kanan tidak pernah lupa untuk menulis amalan. Dan yang paling kita tak boleh lupa, Pencipta kita sentiasa memerhatikan kita. Maha Suci Allah dari sifat hamba-Nya yang pelupa. Dan memang perkataan “Al insan” itu bermaksud lupa. Kita sering lupa!

Padahal kita tahu menutup aurat dengan sempurna itu wajib. Itu hak Allah yang kita tidak boleh untuk kata tidak! Cuma kita masih belum kuat untuk berubah. Kita tahu, memakai tudung perlu menutup dada, memakai baju jangan yang ketat-ketat dan nipis/jarang, apabila berhias biarlah berpada-pada. Ini semua undang2 Allah S.W.T dan sudah tentu tidak boleh diingkar. Sedangkan undang2 Manusia yg dilanggar pun dimarahi, ini pula undang2 Allah S.W.T nak diingkar.

Kekuatan untuk kita patuhi suruhan itu datangnya dari iman. Dan iman itu datangnya dengan keyakinan kita pada janji Allah. Mungkin kita sudah lupa mengapa Allah memberi arahan sedemikian?

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An-Nur :31).

Maka saya membuat kesimpulan peribadi. Kebanyakan kita berpakai mengikut undang-undang budaya bukan syariat lagi. Kalau tidak, mana lahirnya golongan pakai jubah tapi tak bertudung, apabila bertudung pula, baju hampir-hampir tanpa lengan, kain pula terbelah depan belakang? Kalau lelaki pula, seluar ketat-ketat, seluar singkat-singkat. Mungkin begini terjadi apabila lahir-lahir dididik oleh ibubapa yang tidak mementingkan agama, maka anak-anak juga mengikut apa yang di’tarbiyyah’ oleh ibu bapa.

Saya akui ada juga dikalangan sahabat2 dari sekolah agama mempunyai halangan berpakaian sempurna mengikut syari’at kerana ahli keluarga mereka juga begitu. Takut dipandang lekeh oleh ahli keluarga. Betul x? Inilah yg dikatakan cabaran yang Allah beri, Allah mahu uji adakah kita berani berhadapan dengan situasi sebegitu @ kita “just follow the flow” sahaja? Cubalah untuk jadi Agen Pengubah dalam keluarga!

Prejudis Terhadap Umat Sendiri

Hairanlah, mengapa umat Islam lewat zaman ini bersikap prejudis terhadap saudara sendiri? Mengapa apabila ada yang cuba-cuba “berhijrah” ke arah yang lebih baik, akan ada nada-nada sumbang di belakang yang memandang serong?

Bukannya mahu diambil yang jernih dibuang yang keruh. Apatah lagi memberi sokongan, tapi ia dipulaukan pula semata-mata kerana mentaati perintah Allah. Astaghfirullah~

Sabda Nabi Junjungan S.A.W

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasululah saw.

“Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing.” -H.R. Muslim

Lihatlah saudaraku, Islam kembali asing di akhir zaman ini dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Kita sendiri yang merasa ganjil dan pelik tatkala melihat orang Islam yang iltizam dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar.

Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang normal di kalangan mereka.

Dan begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang mengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam.

Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, “

“Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api.” H.R. Tirmizi

Di zaman yang sangat mencabar ini, sesiapa yang hendak mengamalkan ajaran Islam terpaksa menghadapi kesusahan dan tentangan yang sangat hebat. Kalau tidak bersungguh-sungguh, nescaya Islam terlepas dari genggamannya.

Kerana apa? Kerana umat Islam sendiri tidak membantu untuk dia menunaikan kewajipan agamanya, bahkan apa yang ada disekelilingnya mendorong untuk membuat kemaksiatan dan perkara-perkara yang dapat meruntuhkan aqidah dan keimanan atau paling kurang menyebabkan kefasiqan. Jadi kesimpulannya, orang Islam tersepit dalam melaksanakan tuntutan agamanya di samping tidak mendapat kemudahan.

Lecehnya Islam

Ada yang mempersoalkan, kenapalah perempuan diperintahkan menutup aurat hampir keseluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan? Kenapa lelaki tidak?

Jawapannya mudah. Kerana yang Allah perintahkan untuk kita tutup itu adalah yang indah-indah belaka. Tanpa perlu lagi dikiaskan dengan analogi palsu yang sudah dihadam oleh kita (analogi permata dalam bungkusan), kita pasti faham. Buktikan pada saya, dimana perempuan tidak cantik?

Tiada.

Tapi lelaki, diberatkan pula dengan amanah dan tanggungjawab. Menjadi lelaki bagi saya umpama bakal memikul sebeban gunung. Mana tidaknya, kalau sudah berkahwin, keluarga sendiri perlu dijaga, ibu dan ayah perlu diutama, anak isteri juga dipikul dosa, nafkah pula perlu diusaha, bukankah itu amanah besar dari Tuhan?

Menulis ikhlas dari hati. Untuk kakak, adik, ibu, ayah, abang, kawan, teman, dan Muslim semuanya. Semua ini tanda kasih dan sayang bersama. Kerana syurga dicipta untuk semua hambanya. Sungguh, syurga itu mahal nilainya, dan jalan menujunya tidak semudah yang kita sangka. Maka, bersama2lah kita berubah dari sekarang.

Yang lebih menakutkan apabila direnungi hadis Nabi di bawah :

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda : “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya”.

Pasti kita tidak mahu tersenarai dlm golongan diatas betul? Na’dzubillah~

Marilah kita sama-sama berubah menuju ke jalan-Nya.

Wallahu’alam~