Latest Entries »

Bismillah.

Alhamdulillah exam Physiology berlalu dengan tenangnya semalam. Best dapat keluar dari Lab dengan muka bahagia. hehe. Anyway, semoga Allah s.w.t berikan natijah yang terbaik setimpal dengan usaha kita. Yang penting, belajar kerana Dia, supaya ilmu yang kita peroleh sentiasa mengingatkan dan mendekatkan kita pada Dia. InshaAllah. Ermm, entry hari ini? hehe

Okay, today I wanna  share about ‘fadhilat’ why Rasulullah s.a.w teaches us to sleep on the right side.

Straight to the points,..

“In anatomical position, the stomach is in Epigastric and Left Hypochondrium region. Roughly J-shape and has a sphincter or we called it Pylorus as the scientific name.

During sleep (at rest), parasympathetic action will take over instead of sympathetic action (sympathetic will act on emergency condition, catabolic reaction). This will stimulate the activation of the stomach to digest the food, contraction of the stomach and relaxation of its sphincter to evacuate its contents. Therefore when we sleep on the right side, this position will help the digested food to enter duodenum easily without left any pieces of it.

Sebab kalau ada lagi makanan yang didigest dalam perut tertinggal, akan menyebabkan other complications such as dehydrated, chemical complication and our small intestine will not absorbed enough nutrients dan banyak lagi!. That’s why Rasulullah s.a.w xpernah sakit perut tau! MashaAllah, hebatkan Rasulullah s.a.w?. Segala ilham,mukjizat,ilmu yang Allah s.w.t kurniakan pada Baginda bukan sesuatu yang sia-sia. Ini pendapat saya cuma dan sudah rujuk pada Pakar.

Alhamdulillah tepat dan saya nak share dengan sahabat2 semua apa yang saya belajar sepanjang bergelar Medical Student. Dan saya nak kaji lagi tentang Sunnah Rasulullah s.a.w dalam amalan seharian dan kaitannya dengan Sains.  Maaf sebab xreti nak translate ke Bahasa Melayu entry yang atas tu sebab banyak sangat istilah Sains. Yang penting apa isi entry ini. Ada lagi satu fadhilat tidur mengiring ke kanan berkaitan dengan our HEART!. Nanti ada masa lapang saya update and share. Okay, selamat beramal! 🙂

Wallahu’alam~

Image

Alhamdulillah. Final exam bakal menyusul 6 Mei 2012 ini InshaAllah. Pejam celik pejam celik, hampir habis pengajian 1st year sebagai Medical Student di Al-Azhar University. Sungguh pantas masa berlalu. Masih berbaki 5 tahun pengajian untuk melayakkan kita bergelar seorang HO InshaAllah kalau panjang umurnya.

Bersyukur pada Allah s.w.t kerana memilih kita sebagai Profesional Dai’e yang bakal menyebarkan risalah dakwah Muhammad s.a.w. Bukan saja-saja Allah s.w.t memilih kita untuk belajar disini. Pasti ada sebabnya.

Komen sepanjang pengajian?

No comments. Everything is perfect! Dukturah mengajar kami dengan bersungguh-sungguh. Serious. Kalau ada yang tidak difahami,  dukturah sanggup ‘repeat’ mengajar  10 kali.

These 4 subjects. Anatomy,Physiology, Histology dan Biochemistry. Nampak macam sikit shj kan? Hakikatnya, ‘keturunan’ buku ini sangatlah banyak..hihi. Menitis air mata nak Masyi semua subjek. Tapi Fuhh! Alhamdulillah, lega hampir habis semua syllabus. Tidak ketinggalan juga Al-Quran & Nahu Sorof.

Okaylah, kita sambung apa sebenarnya yang saya nak kongsikan sepanjang bergelar Al-Azharian as well as a Medical student.

Sebelum itu, jom kita sama-sama ‘refresh’ niat kita. Apa erti saya menuntut ilmu (sebagai bakal Doktor Mukminah) di Mesir?..Bismillah…..

Sudah ‘refresh’? Alhamdulillah. Okay, next…

Jom kita check sepanjang kita belajar disini, ilmu-ilmu yang kita pelajari ini mendekatkan kita pada Allah S.W.T @ sebaliknya?

Ianya suatu nikmat @ istidraaj? Jika ianya mendekatkan diri kita,jiwa kita pada Allah s.w.t, maka ianya adalah nikmat. Jika tidak, ia adalah istidraj. Sebelum itu, saya terangkan sedikit maksud istidraaj.

Istidraaj ialah suatu yang Allah s.w.t kurniakan kepada hamba2Nya supaya hamba2Nya lebih jauh daripadaNya. Sebagai contoh, Allah s.w.t kurniakan kepada Firaun kesihatan dan dia tidak pernah sakit!, harta kekayaan  dsb. Hasilnya, Firaun menjadi angkuh dan mengaku dirinya sebagai Tuhan! Naudzubillah~

Kita sebagai pelajar medic yang mempelajari sesuatu dari sekecil2 ‘Chemical molecules’ in (Biochemistry), ‘Structure of the Cells’ in (Histology), ‘How the process/regulation occurs’ etc. in (Physiology) hinggalah sebesar2 organ yang kita lihat pada Cadaver dalam Anatomy Lab section kan (Anatomy)?

Okay, cuba check sepanjang kita belajar, ada x terdetik hati nak lafaz ‘Subhanallah!’? . Ada x hati ini rasa betul-betul kagum dengan nervous system yang Allah ciptakan pada kita? Belajar ‘flexion’, ’extension’, ‘adduction’, ‘abduction’ of upper and lower limbs. Kalau ada ‘lesion’ pada saraf2 setiap muscles, mesti susah untuk kita beramal ibadah kan?

Dalam Anatomy Lab Section, xkan pegang2 je ‘cadaver’ tu? Hafal nama-nama organs dan muscles je? Bukankah dalam diri setiap pelajar Mukmin itu hatinya mengingati Allah s.w.t! so, let’s Say Subhanallah! Cantiknya, uniknya organ yang Allah cipta ini kan? Bagaimana setiap organ-organ ini ‘co-op’ untuk membolehkan kita meng’abdi diri pada Allah s.w.t. ? Subhanallah ! Betapa hebatnya Allah s.w.t kan?

Dalam bab Immunity, kita semua belajar bagaimana Leucocytes ( WBCs)  ini ‘kill’ the foreign body, bacteria etc. MashaAllah, Allah s.w.t sudah ciptakan dalam badan kita ini ada ‘Pasukan Penyelamat’ kan?  These leucocytes co-op together to form their function. Cuba bayangkan kalau Allah s.w.t tidak ciptakan Leucocytes ni? Dalam bab Hemostasis. Kita belajar bagaimana Erythrocyte (RBCs) , Thrombocytes (platelets) co-op untuk halang pendarahan yang berlaku. Dengan specific factors dan banyak lagilah! MashaAllah! Cuba bayangkan kalau Allah s.w.t tidak ciptakan proses ini. Bagaimana agaknya ya kalau injured yang serious?, hatta terluka dijari sedikit pun!

The Cells co-op to form The Tissues, The Tissues co-op to form The Organs, The Organs co-op to form the Systems and Finally becoming the Organisms. Kesemuanya  sekalipun xpernah ingkar perintah Allah s.w.t kan? Seolah-olah mereka tahu bahawa mereka perlu taat pada Allah s.w.t untuk jalankan ‘amanah’  yang Allah s.w.t beri pada mereka sebaik-baiknya. Untuk apa? Supaya kita dapat beramal ibadah! Supaya kita ‘selesa’ untuk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi Allah!

Subhanallah ! We are the best Creation! Kita adalah sebaik-baik kejadian!

” Mata melihat, telinga mendengar, minda merakam apa yang diajar oleh guru, tetapi hati kita ini perlu merenung Allah! “

Segalanya perlu kembali pada Allah s.w.t, barulah ilmu itu berkat bukan?

Belajar tentang diseases, perlu kita ingat Hadis Rasulullah s.a.w mafhumnya : “Dua nikmat yang Allah kurniakan pada kita dan kita sering lalai pada kedua2nya iaitu Nikmat Sihat dan Nikmat Masa Lapang.”

Saya highlight pada Nikmat Sihat. Sahabat2  terfikir x, kenapa Allah jadikan penyakit?

Sebab manusia ini selalu lalai dan lupa kepadaNya kan? Jadi, Allah s.w.t  ciptakan penyakit sebagai peringatan kepada hamba2Nya untuk kembali padaNya. Ianya juga sebagai kifarah dosa-dosa kita semua yang menggunung banyaknya. Tetapi bagi hati hamba2Nya yang gelap, masih lagi tidak mahu kembali pada Allah s.w.t, masih lagi berasa nikmatnya bermaksiat kan? Bukannya menjadikan penyakitnya itu sebagai peringatan buat dirinya. Barangkali Allah s.w.t sudah tutup pintu hati mereka. Naudzubillah!

Tazkirah seperti ini pun kita boleh beri pada bakal2 ‘patients’ kita nanti inshaAllah kan? Bukankah kita semua mahu menjadi seorang doktor Mukmin kan? 🙂

Al-Khullasah~

Bersungguh –sungguh lah dalam setiap apa yang kita lakukan terutamanya kita sebagai pelajar perlu ‘struggle’ dalam belajar. Allah s.w.t lihat usaha kita. ‘Result’ exam nya sudah termaktub di Luh Mahfuz nun disana. ‘What you give. You get back!’ Jika gigih usaha kita,gempaklah result kita nanti InshaAllah. Hehe

Kalau gagal, jangan kecewa. Anda tidak gagal tetapi belum cukup usahanya. Jangan berputus asa,tajdid Niat semula dan usaha lagi. InshaAllah pasti Dia tidak akan mengecewakan kita. Semoga ilmu yang kita pelajari mendekatkan kita kepada Allah s.w.t dan diberkati. Juga agar rezeki yang diperoleh dimasa akan datang juga berkat. InshaAllah 🙂

Wallahu’alam

* Thanks to I Luv Islam coz bagi pinjam gambar ^_~

I wanna be like her :)

Bismillah…

Just a simple entry I wanna share with girls out there. Bila tengok ramai sangat makhluk Allah ni suka ‘couple’. Yes, you know, between girls and boys. That makes me keep thinking.

Is it ber’couple’ really needed to prove your love? To love someone and to be loved by someone is just a simple thing right? Hmm…jom follow cerita ni~

Alhamdulillah, Allah ketemukan saya dengan seorang akak ni. She’s very kind. Bertudung labuh with jubah. Memang ‘alim lah tengok. Terkelu lidah nak panggil ustazah or just akak sebab ada soalan nak tanya ni..huhu..

Then,saje saya nak ta’aruf dengan akak yang comel ni. The golden-question yang saya tanya is “Akak pernah couple x?”

…huhu..saya ni pun satu, tengok akak se’alim camtu mesti la xpernah couple kan? tapi.. mane la tau kan…hehe

Dengan senyumnya yang sweet, akak menjawab:

“Cepumas soalan awak ni, hehe..alhamdulillah..xpernah..kenapa awak tanya soalan tu?” soal akak pada saya

“Erk,,hehe..xde lah..saje tanya…saya tengok kawan-kawan saya ramai sangat couple..hmm” jawab saya sambil tersengih2..

“Awak pernah couple ke?” tanya akak tu sambil angkat kening pada saya. Segan dibuatnya…hihi

Guess what? She has very beautiful eyes. Cantiknya akak ni…bertuah la siapa dapat..mujur saya xde abang..hehe

“Ish,.mane ada akak..xpernah jugak..ermm..kenapa akak xnak couple ea? Saya rasa akak ni mesti ramai peminat ni. Betul x? ngee~~” soal saya

“Erm..akak nak tanya awak, perlu ke kita beri cinta pada seseorang yang belum tentu jadi milik kita?” soal akak sambil tersenyum

“Errr…xperlu kot..akak mesti ada pendirian akak kan kenapa akak jawab macam tu..share la dgn saya..hehe” ujar saya

“Alhamdulillah, ni la bukti kita mampu melawan nafsu. Bukan senang nak mujahadah betul x? Cinta dengan manusia memang xboleh dipisahkan. Memang Allah ciptakan fitrahnya begitu. Memang betul kita ni mahu disayangi oleh insan lain selain family, kawan-kawan.. kan? Tapi bagi akak, apa salahnya kita simpan cinta kita ni pada seorang insan istimewa yang Allah ciptakan untuk kita.” Jelas akak yang comel ni..

Wah..akak ni dah macam ustazah la pulak..mmg ustazah kot..tapi betul juga apa yang akak ni cakap..Saya hanya mengangguk setuju.

“Dan dalam tempoh tu lah, kita boleh perbaiki diri kita, bentuk diri jadi muslimah solehah, utamakan tanggungjawab pada keluarga dulu, pelajaran kita, macam-macam kita boleh buat dalam tempoh tu. Maksud akak,tempoh sebelum Allah temukan kita dengan jodoh kita. Masa tu la kita gunakan sebaik-baiknya untuk berbuat baik pada mak ayah,bina lah diri jadi anak yang solehah. Nanti kalau dah berkahwin, lagi banyak tanggungjawab kita tau” tambah akak tu..

“hehe..betul tu akak,saya sokong” jawab saya sambil tersengih-sengih

“Masa tu juga lah kita jadikan sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam rumahtangga,buatlah persiapan yang sepatutnya. Kita nak jodoh yang soleh kan? So,kita kenalah jadi solehah. Barulah match..hehe..hmm..akak tengok remaja-remaja sekarang ni banyak habiskan masa dengan something yang xberfaedah. Yang kes couple, habiskan duit yang mak ayah bagi dengan beli topup sebab hari-hari kena call n mesej gf atau bf masing-masing kan? Beli hadiah,keluar tengok wayang..kalau awak perasan, mereka dah salah guna amanah yang mak ayah beri pada mereka. Berdosa x?” soal akak tu..

“Yes! Mestilah berdosa akak, xbaik buat mak ayah mcm tu,penat-penat kerja, diorang habiskan duit macam tu je..tu belum ada yang pegang tangan, paling teruk sampai buat maksiat,akibatnya sekarang ni tengoklah kes zina banyak sangat. Yang saya sedihnya akak sebab semuanya terjadi pada remaja Melayu. Malulah akak, kalau orang kafir tengok kita macam ni, sampai bila Islam nak naik kan?” ujarku

“Betul tu, sebenarnya couple ni lah yang mendekatkan kita dengan zina, memang mula-mula kita xde rasa apa-apa, tapi syaitan xpernah serik nak goda kita. akak rasa awak pun faham kan? Allah dah suruh kita jangan hampiri zina,inikan berzina!..Sebenarnya,jadi tanggungjawab kita lah nak amar ma’ruf nahi munkar ni, kalau ada kawan-kawan adik yang bercouple tu, nasihat lah mereka boleh?.” Ujar akak

“Ermm..inshaAllah akak, emm,akak, macam mana kalau ada yang Islamic couple tu? Akak pernah dgr x? Ye lah, diorang couple tapi macam jaga la kot adab-adab,ikhtilat semua tu” soal saya

“Islamic couple? Emm,Awak nak tahu x? syaitan ni pandai tau atur strategi, semua yang jahat dinampakkan jadi baik. Even kita jaga macam mana pun, masalah hati mesti timbul, mustahil lah si perempuan atau si lelaki xde bagi mesej2 rindu,sayang dan sebagainya. Walau dengan ungkapan ‘ana uhibbuki fillah’. Ye la, nak nampak Islamic katakan, kalau dah hari-hari mesej, selalu send tazkirah, even ada yang kejut qiamullail pun, xkan xde rasa ‘syok’ kat hati sebab Si dia send mesej pada kita. itu lah masalah hati sebenarnya. Jangan mulakan sesuatu dengan wasilah kemaksiatan,even kalau kita berkahwin pun dengan bf kita,dosa-dosa lampau tetap ada tau,mesti kena solat taubat!” Jelas akak tu..

Serius memang betul apa yang akak comel ni cakap…

“Habis tu akak, macam mana nak pilih jodoh kalau kita xkenal dia? Mestilah kena tau jugak kan? Entah-entah dia tu teruk ke, xsolat ke, xkan kita terus kahwin je dengan dia. Dah la xkenal” soal saya

“hehe..adik ni, macam dah nak nikah je bunyi? Jangan lupa jemput akak tau..hehe..akak gurau je..ermm…kalau adik nak tahu, jodoh kita ni sebenarnya ‘reflect’ dari kita sendiri. Kan Allah berfirman mafhumnya ‘Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan juga sebaliknya’..so, sebab tu lah dari sekarang kita janganlah sibuk bercinta, bentuklah akhlak dan peribadi diri dahulu, supaya Allah temukan kita dengan jodoh yang baik, xkan kita xyakin dengan Allah? hmm?? Soal akak..

“Hmm..betul tu akak, jodoh tu kan rahsia Allah, janji kita yakin Allah kurniakan yang terbaik buat kita,macam akak cakap, reflect dari diri kita sendiri..kalau kita baik,maka baiklah yang Allah beri dan sebaliknya..hehe..tapi kan akak, ada je yang isteri baik,suaminya pula jahat dan sebaliknya..macam mana pulak tu ye?”soal saya

“anggaplah itu ujian dari Allah. cuba lihat balik sirah-sirah terdahulu, Nabi Nuh a.s dan Nabi Luth a.s. Isteri2nya juga kufur dengan Allah kan? Tapi apa yang baginda buat? Selalu pujuk,nasihat dan ajar tentang Islam. Tengok Firaun pula, isterinya Asiah kan beriman dengan Allah. Kalau Allah takdirkan kita begitu, janganlah putus asa berdoa,semoga Allah bantu kita untuk pimpin ke jalan benar.” jelas akak comel

“Ermm..kita janganlah risau..inshaAllah, si dia yang Allah cipta pun sedang xsabar-sabar nantikan kita, binalah diri jadi wanita solehah, akak doakan awak semoga dapat jodoh yang soleh..sejujurnya,apa yang akak cakap ni peringatan buat akak juga” tambah akak sambil tersenyum manis

“Terima kasih akak, saya pun doakan akak jugak..inshaAllah,saya tengok akak ni confirm dapat yang soleh punya lah atau akak dah ada yang punya?..hehe” usik saya

“Ish..awak ni..belum tentu..hehe…inshaAllah, akak harap macam tu lah. Sama-sama kita bina diri,itu yang utama..” ujar akak comel….

“Erm,,akak study course apa ye?” soal saya..saje nak tahu..hehe

“Akak masih belajar lagi dan Alhamdulillah student medic 5th year..doakan akak jadi doktor solehah tau..hehe” jawab akak comel

Dalam hati,just wanna say…fuyyoo, dah la bakal doktor,solehah pulak tu..kenapa lah saya xde abang kan..kalau x,memang dah lama jadi kakak ipar ni..hihihi ~berangan~

Wah!! I wanna be like her. Keep my love for someone special and be a muslimah doctor too.. InshaAllah ^_^

Wallahu’alam~

Perihal Lidah dan Mulut

Bismillah…

Alhamdulillah selesai Kuliah Tafaqquh fi-Din di Rumah Kedah Baru,Hayyu Sabi’ disampaikan oleh Syeikh Nuruddin al-Banjari. Beliau datang Mesir tau,terharu rasanya..hihi  🙂

Serius banyak points yang saya nak share dgn anda semua..

Generally, i can conclude hadis-hadis yang dibincangkan tentang keperluan kita untuk menjaga percakapan,tutur bicara dalam setipa apapun yang kita lakukan.

Part Tidak menjaga Lidah

 

“Kerana mulut antara anggota yang menjerumuskan seseorang itu ke dalam neraka”

Syarahnya, mulut antara anggota yang boleh menjerumuskan diri ke neraka berbanding anggota lain seperti tangan,mata,telinga dll. Xhairanlah Iman al-Ghazali mengatakan bahawa apa yang paling tajam dimuka bumi ini adalah Lidah! Ya, bak kata pepatah Melayu “Kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa”

Lidah yang menyampaikan keburukan seseorang, mengaibkan saudara sendiri, mengadu domba,mengatakan sesuatu yang lucah bukanlah ciri-ciri seorang Mu’min.

Dengan lidah,boleh memutuskan sillaturrahim, melemahkan kekuatan jiran tetangga, mencerai-beraikan suami isteri, menyakitkan hati dll. Biasanya penyakit ‘mulut’ ini dikaitkan dengan wanita. Mereka yang suka ‘menjaga tepi kain’ orang lain, mengaibkan wanita-wanita lai,mengumpat dan sebagainya. Bak kata syeikh ” Berita yang disampaikan mengalahkan internet lajunya”  😀

“Barangsiapa yang menjelekkan saudaranya, Allah tidak mematikannya sehingga ada orang lain melakukan perkara yang sama terhadapnya melainkan jika dia sudah bertaubat”

”Mencerca itu lebih buruk dari zina”

Means bukanlah nak kata berzina itu baik, tetapi dalam mencerca ni, melibatkan hubungan sesama manusia, selagi si pencerca tidak meminta maaf pada orang yang diaib olehnya,selagi itulah dia menanggung dosa, kalau dalam kes zina, melibatkan hubungan dengan Allah dan boleh bertaubat jika dia benar-benar kesal dan taubat Nasuha.

Part Memuji/Membesarkan Orang yang Fasiq

“Jangan menyanjung orang yang fasiq”

 

“Allah murka orang yang menyanjungi orang-orang yang fasiq,orang yang menyampaikan sesuatu yang kotor”

Hal ini termasuklah jika kita menyanjung orang-orang yang melanggar perintah Allah seperti tidak solat, menolak hukum Allah. Termasuk juga golongan artis  yang menyampaikan sesuatu yang melalaikan hati manusia dari mengingati Allah, pelawak yang dimana jenakanya itu mengakibatkan hati-hati manusia gelap kerana banyak ketawa.

kerana “Banyak ketawa itu mematikan hati dan melenyapkan cahaya dari muka”,  maka apabila hati mati,susahlah ilmu, nur dan hidayah nak diserap dalam jiwa. Makin lama,makin hilang cahaya keimanan dari wajah seorang Muslim.

Part Berzikir/Memuji Allah

“Jangan berzikir dalam keadaan kita lesu dan mengantuk”

Means bukanlah kita dilarang berzikir. Cuma, apabila kita berzikir dalam keadaan sangat2 letih,lesu,mengantuk akan menyebabkan tiada penghayatan maksud setiap zikir yang disebut.

Allah pun tidak suka kan jika kita ” macam xikhlas je ” menyebut namaNya.

Sebagai contoh, katakanlah kita berjumpa dengan Agung, then kita sebut ”Daulat Tuanku” sambil menguap,siap gosok-gosok mata lagi. Silap-silap dipancung nanti kepala, kalau nasib baik dapat lah penampar sebijik dimuka…hihi

bak kata orang, kenalah jaga adab,moral,manner kita kan? itu kes jumpa Agung. Cuba kalau dengan Allah S.W.T? Yang sudah tentunya Maha Agung,Maha Besar,Maha Kuasa.

Akhir kalam,

Diharap apa yang saya kongsikan ni dapat menjadi panduan utk anda semua dan khususnya diri saya sendiri. Moga selepas ini,kita lebih menjaga setiap kata-kata yang keluar dari mulut ini.

Alhamdulillah, point2 penting yang saya dapat dari taman-taman syurga sepanjang pengajian saya disini akan dikongsi lagi. Sampaikan ilmu ni pada semua orang tau! dan jangan lupa amalkan ye ^_~

Wallahu’alam~

 

 

 

 

 

Bismillah~
‘Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepadaKu”~ Az-Zariyat : 56Ayat diatas jelas sekali bahawa Allah s.w.t menjadikan setiap makhlukNya untuk beribadah kepadaNya,benar-benar mengabdikan @ menghambakan diri kepadaNya.

Saya yakin ramai dari kalangan sahabat tahu apa intisari tersirat yang terkandung dalam ayat tersebut dan tidak perlu rasanya hendak menghurai panjang. Kita sebagai seorang Muslim telah dipertanggungjawab memenuhi tuntutan 5 Rukun Islam dan 6 Rukun Iman.

Ianya sebagai asas untuk membentuk jiwa seorang Muslim.Alhamdulillah, ramai dari kalangan kita mampu untuk menunaikan kesemuanya inshaAllah. Namun apa yang kita lihat sekarang,ibadah yang kita lakukan gagal membentuk diri,akhlak dan peribadi yang unggul sebagai seorang Muslim. Kenapa ya?

“Aku solat je 5 waktu sehari semalam,puasa penuh je sebulan….”

“Aku percaya je Allah itu ada,Rasulullah s.a.w pesuruhnya……”

Jom check diri, adakah kita lakukan semua itu semata-mata untuk memenuhi tanggungjawab kita? atau semata-mata diakhirat nanti kita impikan syurga Allah? atau kerana takutkan neraka Allah?

Itullah silap kita sebenarnya! Beribadah kerana mengharapkan ganjaran!! Bukan Lillahita’ala semata-mata,

Jom check solat kita…(sebab solat adalah medium komunikasi kita dengan Allah S.W.T)

Dimulakan dengan wudhu’…

Jom check wudhu’ kita, niat ikhlas Lillahita’ala? Sempurnakah? Tertibkah? Membazirkah? Terkadang apabila berwudhu’ kita boleh membazir tau! Biarkan air mengalir deras… “buka air paip macam nak MANDI”.

Then, Jom check cara berwudhu’… “MENYAPU AIR” keanggota2 wudhu’ ..bukannya “MEMBASUH@MEMBILAS@MENYIRAM AIR dsb” keanggota2 berkaitan. Betul kan? Terkadang lihat orang selesai berwudhu’ ni,ada rasa konfius.. “Dia ni berwudhu’ ke mandi ni? Habis basah lencun baju~

Niat …

Masalah niat? Kenapa solat tidak khusyuk?

“Time solat aku dah niat,tapi lama-lama fikiran jadi merewang,teringat benda2 lain..”

Sebabnya? Tidak faham apa konsep niat. Sebab itulah solat jadi acuh tidak acuh.

“Usalli fardhu Subhi rak’ataini LILLAHI TA’ALA” – contoh

Niat “LILLAHI TA’ALA (kerana Allah Ta’ala)” itu tidak sampai dihati. Niat untuk bersolat itu tidak benar-benar difahami, sebab itu timbul rasa tidak ikhlas.

Sebab apa? Kerana tidak faham konsep Lillahi Ta’ala. Tidak ikhlas untuk bertemu Allah, niat semata-mata mahu lepas
tanggungjawab bersolat,tidak ready untuk solat,terasa solat ini menyusahkan, memenatkan dan membuang masa.

Ya ! itu sebenarnya masalah utama kita, masalah dengan NIAT. –Jom muhasabah

Takbeeratul Ihram…

“Allahuakbar”…(ketika mengangkat takbir)

Masalah kita? Maksud “Allahuakbar” yang dilafazkan itu tidak sampai dihati. Adakah benar-benar kita memahami maksud ‘Allah Maha Besar’..? Adakah ketika lidah menyebut Allahu Akbar,hati benar-benar ikhlas mengagungkan Dia..? – Jom muhasabah

Al-Fatihah dan bacaan seterusnya…

Ustazah saya pernah berpesan, antara tips nak capai kekhusyukan ini,kita perlu faham setiap kalimah yang dilafazkan ketika bersolat. Barulah rasa ‘kehambaan’ itu muncul dari hati.
Ramai sahaja yang pandai membaca al-Fatihah hatta kanak-kanak tadika pun. Tetapi berapa ramai yang benar-benar memahami dan menghayati apa yang terkandung disebalik al-Fatihah? Apa maksud setiap bait-bait indah al-Fatihah itu sendiri?

Pasti tiada kesan dalam hati jika sekadar membacanya sahaja, cuba bayangkan kalau setiap apa yang dilafazkan ketika solat itu difahami? Allahu Allah..pasti indah kata-kata yang ditutur pada Allah! Pasti gerun diri merasakan kehebatan setiap ayat-ayat yang memuji keagungan Allah! Pasti muncul rasa ‘kehambaan’ dalam jiwa!

Jom kita hayati maksud setiap bacaan dalam solat. (Rasanya kalau sahabat nak copy pun lagi bagus, selalu baca dan hayati ^_~ )

Maksud Al-Fatihah (Pembuka):

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihai (1) Segala puji bagi Allah,Tuhan seluruh Alam (2) Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang (3) Pemilik hari Pembalasan (4) Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan (5) Tunjukkanlah kami jalan yang lurus (6) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat,bukan jalan yang dimurkai dan bukan pula jalan yang sesat”

Maksud bacaan ketika ruku’ :

“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung dan segala puji bagiNya” 3kali

Maksud bacaan ‘Itidal :

“Allah mendengar pujian orang yang memujinya,Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Maksud bacaan ketika Sujud:
“Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan segala puji bagiNya” 3 kali
Maksud bacaan ketika duduk antara dua sujud :
“Ya Tuhanku,ampunilah aku ,rahmatilah aku , kayakan daku, angkatlah darjatku ,rezekikan daku, berilah aku hidayah ,sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku .”

Maksud bacaan Tahiyyat Akhir :

“Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba (‘ibaadi) Allah yang soleh. Aku naik saksi (Asyhadu) bahawa (an) tiada (laa) Tuhan (ilaaha) melainkan (illa )Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.”

Disini saya hanya kongsikan maksud2 ayat yang wajib dilafazkan ketika bersolat. Yang lain-lain,mungkin sahabat sudah tahu. Apa yang penting, apabila kita baca setiap ayat itu,biarlah maksudnya sampai dihati kita agar boleh dihayati. Dari situlah akan terbinanya rasa cinta kita pada Allah s.w.t dan akan terbentuknya jiwa hamba dalam diri kita inshaAllah.

Cara Rasulullah s.a.w membaca setiap surah @ ayat didalam solat juga perlu kita contohi. Iaitu Baginda membacanya dengan jelas,tidak terlalu cepat dan tidak pula terlalu perlahan,dengar setiap butir ayat agar boleh dihayati dan difahami maksudnya.

Saya kongsikan tajuk ‘Solat’ ini kerana ianya satu-satunya ibadah ‘Life’ yang menghubungkan kita secara ‘direct’ dengan Allah s.w.t. Solat juga adalah amalan pertama yang Allah akan hisab! Solat membentuk peribadi seorang Muslim dan juga mencegah kemungkaran.

“Innasolaata tanha ‘anil fahshaa’I wal Munkar”

Cuba kita lihat masyarakat sekeliling kita, Alhamdulillah ramai yang Muslim dan melakukan solat 5 waktu sehari semalam. Tapi, kenapa ada juga kemungkaran yang berlaku? Kenapa hati masih lagi enak berbuat dosa? Kenapa kemaksiatan bermaharajalela? Sebab, tidak menjaga solatnya! Jadi solat itu sendiri gagal membentuk diri,gagal mengawal diri dari godaan nafsu,gagal dari pelbagai sudut. Pentingkan solat ni?!

Dan jangan kita lupa ada neraka Khas yang Allah ciptakan untuk hambaNya yang solat iaitu neraka Wail!
Termaktub dalam surah al-Ma’un : 4-6

“Dan celakalah bagi orang yang solat (4) iaitu orang yang lalai dalam solatnya (5) yang berbuat ria (6)

Siapakah golongan yang lalai?

Iaitu orang-orang yang tidak ikhlas melakukan ibadah solat,orang yang tidak menjaga waktu solatnya (melewat2kan),orang yang riak dalam melaksanakan solat…

Akhir kalam untuk semua..

InshaAllah dalam aspek solat kita perbaiki, perlu ditambah juga amal ibadah lain seperti berzikir,membaca al-Quran, solat sunnat dan sebagainya. Yang penting setiap amalan yang dilakukan itu benar-benarlah LILLAHI TA’ALA! Kita faham dan hayati! Itu yang penting.

Sentiasa juga perbaharui niat (tajdid niat) dan beristighfar! Kerana kita sebagai manusia memang tidak akan terlepas dari berbuat dosa,tidak akan terlepas dari bisikan syaitan dan godaan nafsu.Entry diatas ini sebenarnya khas buat renungan diri saya sendiri. Yang memerlukan muhasabah setiap masa,muraqabah dan mujahadah!

Saya kongsikan bersama sahabat-sahabat agar menjadi renungan untuk kita. Fikir kembali dimana silap kita dalam beribadah dan kenapa ibadah kita tidak membentuk peribadi kita sebagai seorang Muslim.

Wallahu’alam~

Bismillah…

Situasi di mana muslim hidup kini adalah situasi yang mengikis iman dan menumpulkan keiltizaman kita kepada Allah SWT, janji-janji Allah dan ancaman Allah. Seolah-olah Allah sangat jauh dari kita hingga kewujudan Allah tidak dirasai lagi malah tidak diperlukan lagi.

MasyaAllah, alangkah jauhnya kita dari hakikat keimanan yang sebenarnya.

Sistem hidup ini hanya menyediakan kita untuk hidup sebagai ‘binatang ternak’ yang hanya hidup untuk makan, minum dan berkelamin.

Lihat sahajalah iklan-iklan yang dipaparkan dalam muka televisyen kita atau majalah-majalah hiburan. Semuanya mengajak kita menikmati pelbagai makanan, pelbagai minuman dan mengajak kita untuk mencari pasangan dan melalui pelbagai tahap zina: zina mata, zina telinga, zina hati, zina anggota kita, sehingga ‘menyempurnakan’ tahapan zina.

Alangkah mulianya manusia apabila dia diciptakan untuk berubudiyyah hanyasanya kepada Allah dan untuk mengimarah bumi sebagai khalifah tetapi dialah yang telah ‘menjatuhkan’ diri ke tahap yang serendah-rendahnya. Kita ‘berkubang’ yang sangat rendah dan hina, iaitu di dalam kehidupan makan, minum dan berkelamin sahaja.

Sistem pendidikan yang dilalui kini menyediakan kita untuk menjadi manusia yang hanya mampu hidup di tahap ini. Walaupun sebahagian dari kita dikurniakan oleh Allah SWT hajat yang lebih tinggi untuk menapaki tahap kehidupan yang lebih tinggi, tetapi peratusannya masih sangat kecil.

Bagi kita yang dikurniakan sedikit kesedaran dan kefahaman Islam yang membolehkan kita mampu melakukan sedikit amal Islami, tetapi oleh kerana sistem yang sedang berjalan hanya menyediakan kita untuk hidup di tahap ‘nafs kelembuan atau nafs binatang ternak’ maka diri kita terperangkap antara memburu kenikmatan ‘kelembuan’ atau hidup mulia mengejar syurga Allah.

Justeru, marilah kita memuhasabah diri di tahap mana kita berada pada ketika ini dan marilah kita mengadap Allah SWT dengan hati yang sedih dan mengadu kepada-Nya agar ditingkatkan ‘himmah’ kita keluar dari nafs kelembuan ini dan meningkat ke tahap benar-benar menjadi hamba-Nya yang sedar, faham dan taat kepada segala ditaklifkan ke atas diri kita….

`
wallahua’lam~

Sewaktu bersiar-siar di KLCC, Mid Valley, Times Square dan seribu satu pasaraya lagi, hampir setiap kali akan berjumpa dengan remaja Melayu yang tidak ada langsung ciri-ciri kemelayuan.

Sekali pandang persis Minah dan Mat Salleh. Rambutnya berwarna-warni, didandan pula dengan make-up beserta aksesori, ditambah pula dengan skirt singkat, memang serupa dengan orang kulit putih, cuma kulit mereka sahaja bangsa Melayu.

Kenapa ya? melihat mereka membuatkan seolah-olah saya sedang membeli belah di pasaraya ternama di New York atau Hong Kong. Hebat bukan?

Memang diakui, fesyen mampu mencipta satu suasana yang berbeza. Cuba bayangkan sebentar, kita sekarang di Mid Valley dengan berjubah, dan hampir semua manusia di sekeliling kita berpakaian jeans ketat dan berskirt singkat, bukankah kita akan gusar?

Mana tidaknya, apa yang kita fikirkan ialah apa yang orang lain fikirkan terhadap kita. Betul?

“Eh, Minah ni, pakai jubah pulak.”

” x up-to-date langsung”

Dalam zaman yang serba canggih, hatta pakaian sekalipun mahu dicanggihkan (bukan jenama Canggih ye..^^). Hairanlah, entah dari mana pereka-pereka fesyen ini mendapat ilham.

Mereka mencipta pakaian dalam pelbagai versi, dedah belakang, tutup depan, dedah atas dan tutup bawah. Berlubang sana sini. Semua kelihatan hebat di mata kita kerana ia adalah sesuatu yang lain dalam norma masyarakat kita. Bukankah anda suka kalau anda menjadi perhatian?

Kita dan Fesyen

Teringat sewaktu saya dan dua orang teman lama bertemu, kami berjalan2 disebuah pusat membeli belah. Saya dan Si A mahu membeli pakaian. Al-kisah, singgahlah kami di sebuah kedai pakaian di Fashionshop membeli kemeja, saya memilih kemeja yang agak labuh manakala teman saya, si A memilih kemeja biasa. Lalu saya ditegur begini :

“Eh, kenapa labuh sangat?”.

Saya tergamam. Kelu lidah seketika. Walhal sebenarnya akal saya mencari-cari idea untuk membalas soalannya yang bagi saya tidak perlu dijawab.

“Erm, memang aku suka jenis yang macam ini.”

Sikap Umat Kita

Di zaman fesyen bohsia bohjan dijaja, akhlak hilang entah kemana, saya merasakan sesuatu telah hilang dalam diri kita. Sesuatu yang hilang itu yang pernah berlaku pada umat terdahulu; yang menyebabkan kita kehilangan zaman-zaman indah kegemilangan Tamadun Islam.

Apa yang Hilang?

 

Izzatul islam. Perasaan bangga dengan Islam. Umat kita sudah hilang perasaan bangga sebagai seorang Muslim. Mana tidaknya, kita sendiri yang merasa malu apabila berpakaian mengikut syariat, apabila tidak berhias, berdandan dan tidak mengikut trend fesyen. Berasa takut dianggap ketinggalan zaman.

Seolah-olah Muslim yang mengikut syariat tergolong dalam golongan yang terasing jika berpakaian menutup aurat kerana kebanyakan manusia berfesyen dengan fesyen dedah-dedah.

Ada satu lagi cerita. Harap siapa yang sudi membaca tidak jemu.

Suatu ketika handphone saya tiada kredit, then Ummi suruh saya call ayah atas urusan penting. Jadi saya buat keputusan utk telefon di public phone. Saya pun bersiap lah dan terus sambar tudung labuh yang disangkut belakang pintu bilik.

Sampai di public phone. Baru nak dail nombor tiba2 ada 2 orang gadis Melayu lalu dibelakang saya dan berkata:

“Hek eley minah ni,,kelam kabut pakai tudung labuh”

Saya pun jadi terpinga2 lah. Kenapa dengan mereka ni.Sudah lah memang saya tidak kenal dan cakap macam tu pula. Astaghfirulla~

Nah! Lihatlah apa yg berlaku pada masyarakat kita. Masing-masing2 mengaku Islam tapi tidak amalkan sedikit pun then nak ”condemn” kita pula.

Masing-masing sudah lupa, malaikat yang mencatat amalan kita di kiri dan kanan tidak pernah lupa untuk menulis amalan. Dan yang paling kita tak boleh lupa, Pencipta kita sentiasa memerhatikan kita. Maha Suci Allah dari sifat hamba-Nya yang pelupa. Dan memang perkataan “Al insan” itu bermaksud lupa. Kita sering lupa!

Padahal kita tahu menutup aurat dengan sempurna itu wajib. Itu hak Allah yang kita tidak boleh untuk kata tidak! Cuma kita masih belum kuat untuk berubah. Kita tahu, memakai tudung perlu menutup dada, memakai baju jangan yang ketat-ketat dan nipis/jarang, apabila berhias biarlah berpada-pada. Ini semua undang2 Allah S.W.T dan sudah tentu tidak boleh diingkar. Sedangkan undang2 Manusia yg dilanggar pun dimarahi, ini pula undang2 Allah S.W.T nak diingkar.

Kekuatan untuk kita patuhi suruhan itu datangnya dari iman. Dan iman itu datangnya dengan keyakinan kita pada janji Allah. Mungkin kita sudah lupa mengapa Allah memberi arahan sedemikian?

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An-Nur :31).

Maka saya membuat kesimpulan peribadi. Kebanyakan kita berpakai mengikut undang-undang budaya bukan syariat lagi. Kalau tidak, mana lahirnya golongan pakai jubah tapi tak bertudung, apabila bertudung pula, baju hampir-hampir tanpa lengan, kain pula terbelah depan belakang? Kalau lelaki pula, seluar ketat-ketat, seluar singkat-singkat. Mungkin begini terjadi apabila lahir-lahir dididik oleh ibubapa yang tidak mementingkan agama, maka anak-anak juga mengikut apa yang di’tarbiyyah’ oleh ibu bapa.

Saya akui ada juga dikalangan sahabat2 dari sekolah agama mempunyai halangan berpakaian sempurna mengikut syari’at kerana ahli keluarga mereka juga begitu. Takut dipandang lekeh oleh ahli keluarga. Betul x? Inilah yg dikatakan cabaran yang Allah beri, Allah mahu uji adakah kita berani berhadapan dengan situasi sebegitu @ kita “just follow the flow” sahaja? Cubalah untuk jadi Agen Pengubah dalam keluarga!

Prejudis Terhadap Umat Sendiri

Hairanlah, mengapa umat Islam lewat zaman ini bersikap prejudis terhadap saudara sendiri? Mengapa apabila ada yang cuba-cuba “berhijrah” ke arah yang lebih baik, akan ada nada-nada sumbang di belakang yang memandang serong?

Bukannya mahu diambil yang jernih dibuang yang keruh. Apatah lagi memberi sokongan, tapi ia dipulaukan pula semata-mata kerana mentaati perintah Allah. Astaghfirullah~

Sabda Nabi Junjungan S.A.W

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasululah saw.

“Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing.” -H.R. Muslim

Lihatlah saudaraku, Islam kembali asing di akhir zaman ini dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Kita sendiri yang merasa ganjil dan pelik tatkala melihat orang Islam yang iltizam dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar.

Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang normal di kalangan mereka.

Dan begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang mengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam.

Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, “

“Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api.” H.R. Tirmizi

Di zaman yang sangat mencabar ini, sesiapa yang hendak mengamalkan ajaran Islam terpaksa menghadapi kesusahan dan tentangan yang sangat hebat. Kalau tidak bersungguh-sungguh, nescaya Islam terlepas dari genggamannya.

Kerana apa? Kerana umat Islam sendiri tidak membantu untuk dia menunaikan kewajipan agamanya, bahkan apa yang ada disekelilingnya mendorong untuk membuat kemaksiatan dan perkara-perkara yang dapat meruntuhkan aqidah dan keimanan atau paling kurang menyebabkan kefasiqan. Jadi kesimpulannya, orang Islam tersepit dalam melaksanakan tuntutan agamanya di samping tidak mendapat kemudahan.

Lecehnya Islam

Ada yang mempersoalkan, kenapalah perempuan diperintahkan menutup aurat hampir keseluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan? Kenapa lelaki tidak?

Jawapannya mudah. Kerana yang Allah perintahkan untuk kita tutup itu adalah yang indah-indah belaka. Tanpa perlu lagi dikiaskan dengan analogi palsu yang sudah dihadam oleh kita (analogi permata dalam bungkusan), kita pasti faham. Buktikan pada saya, dimana perempuan tidak cantik?

Tiada.

Tapi lelaki, diberatkan pula dengan amanah dan tanggungjawab. Menjadi lelaki bagi saya umpama bakal memikul sebeban gunung. Mana tidaknya, kalau sudah berkahwin, keluarga sendiri perlu dijaga, ibu dan ayah perlu diutama, anak isteri juga dipikul dosa, nafkah pula perlu diusaha, bukankah itu amanah besar dari Tuhan?

Menulis ikhlas dari hati. Untuk kakak, adik, ibu, ayah, abang, kawan, teman, dan Muslim semuanya. Semua ini tanda kasih dan sayang bersama. Kerana syurga dicipta untuk semua hambanya. Sungguh, syurga itu mahal nilainya, dan jalan menujunya tidak semudah yang kita sangka. Maka, bersama2lah kita berubah dari sekarang.

Yang lebih menakutkan apabila direnungi hadis Nabi di bawah :

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda : “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya”.

Pasti kita tidak mahu tersenarai dlm golongan diatas betul? Na’dzubillah~

Marilah kita sama-sama berubah menuju ke jalan-Nya.

Wallahu’alam~

“…dan tidaklah diuji seseorang itu melainkan dengan kesanggupan…”

Satu ungkapan yang perlu sentiasa kita ingat bila diuji adalah kita bukan tuan dan kita juga bukan Tuhan.Setiap kali diuji kita tidak berhak bertanya pada diri mahupun pada siapa sahaja kenapa kita dipilih untuk diuji. Hakikatnya itulah kehidupan. Tidak indah tanpa ujian. Ujian lah yang banyak mengajar kita erti kehidupan dan harus dijadijan pengajaran.

 

 

Ujian

Berbagai2 jenis ujian yg Allah datangkan untuk menguji keimanan dan kesabaran kita.

Kesihatan. Ada yang diuji dengan masalah kesihatan. Allah timpakan kepadanya dengan penyakit yang sukar diubati dan pesakit perlu sabar menahan kesakitan yg dialami.

Masalah kekeluargaan. Ibubapa sibuk terlalu mementingkan pekerjaan hingga lalai mendidik anak2. Pergaduhan suami isteri yang memberi kesan pada anak2 hingga menyebabkan penceraian,keruntuhan rumahtangga,anak-anak terbiar, perebutan harta dsb.

Persahabatan. Terjadi pergaduhan antara sahabat baik, tidak puas hati, menganiaya kawan,

Pembelajaran. Tidak score dalam peperiksaan walaupun sudah berusaha. Tidak mendapat tempat di IPT. Masalah kewangan untuk menyambung pengajian dsb.

Dan berbagai lagi tidak terkira banyaknya.

Apa yang harus dilakukan

Sudah menjadi lumrah alam bila diuji kita akan mencari Tuhan. Sedangkan yang bukan islam pun akan sebut “Oh my God” dan perkataan-perkataan lain yang merujuk kepada “Oh Tuhan”. Sebagai umat Islam kita akan memohon petunjuk daripada Allah S.W.T setiap kali kita ditimpa musibah dan kesakitan kerana hanya Dia yang memahami hati kita, hanya Dia yang sentiasa ada tidak kira siapapun kita, dimana kita berada.

Ingatlah, kita bukan pemilik. Sampai waktu dan ketika kita mesti memulangkan kembali apa yang dipinjamkan sementara untuk kita. Allah jualah pemilik segala yang diciptakanNya. Terkadang kita merasa kitalah yang paling hebat diuji. Selepas satu ujian, menyusul pula ujian lain yang lebih berat. Sedangkan orang lain lagi berat diuji, bertimpa-timpa. Kenapa kita memikirkan kaki kita yang tidak berkasut sedangkan ramai lagi yang tidak berkaki? Fikirkan kembali dosa dan kesalahan yang pernah kita buat disebalik ujian yang ditimpakan untuk kita.

Kita perlu sentiasa bersyukur atas rahmat dan ujian yang diberikan Allah. Fikirkan hikmah yang diaturkan Allah disebalik ujian yang ditimpakan buat kita. Sentiasa memohon diberikan hati yang kuat untuk menghadapi ujian tersebut sbb kita bukan manusia yang sempurna yang dapat menempuhi ujian itu dengan cara yang paling tenang.

Berdo’a

“Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang harus untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah”

Buat insan yang sedang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Bersyukurlah kerana diantara yang lain kita insan terpilih untuk diuji sedangkan orang lain langsung tidak tersenarai. Besarnya kasih sayang Allah pada kita. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha.

Wallahua’lam~

Dipendamkan di hatinya yang tidak diceritakan pada sesiapa tentang perasaannya. Dia tertarik dengan seseorang gadis yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia,yakni Rasulullah S.A.W. Itulah gadisnya, Fatimah Az-Zahra, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia.Dia mengetahui dirinya tidak mempunyai apa-apa untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha yang kuat dapat merealisasikan cintanya, itulah Saidina Ali Karamallah wajhah, sepupu baginda sendiri….

Sehinggalah beliau tersentap dengan perkhabaran bahawa sahabat karib Rasulullah S.A.W yang mulia, Saidina Abu Bakar As-siddiq melamar Fatimah…..“Allah menguji aku rupanya, begitulah batin Saidina Ali. Beliau merasa diuji oleh Allah kerana merasakan siapalah dirinya jika dibanding dengan Abu Bakar…Kedudukan disisi nabi???

Abu bakar lebih utama, keimanan dan pembelaannya pada Allah dan Rasulnya tidak dapat ditandingi……Lihatlah bagaimana pengorbanan Abu bakar menjadi teman Rasulullah dalam hijrah sedangkan Ali hanya ditugaskan untuk menggantikan nabi di alas tidurnya…….Lihatlah dakwah yang dilakukan oleh Abu Bakar……Lihatlah berapa ramai tokoh bangsawan dan saudagar yang masuk islam hasil sentuhan Saidina Abu Bakar seperti Uthman, Abdur Rahman bin Auf, talhah bin zubair yang mungkin tidak dapat dilakukan oleh kanak-kanak yang kurang pergaulan seperti Saidina Ali…Lihatlah berapa ramai budak muslim yang dibebaskan dari perhambaan dan para faqir yang dibela oleh Abu Bakar seperti Bilal, Khabbab, Keluarga Yasir dan Abdullah bin Mas’ud dan siapa yang dibebaskan oleh Ali??

Dari segi kewangan, Abu Bakar seorang saudagar dan Ali hanyalah seorang yang miskin dan tidak mempunyai apa-apa… Abu Bakar boleh membahagiakan Fatimah…..”Inilah persaudaraan dan cinta”kata Saidina Ali...”Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, Aku mengutamakan kebahagian Fatimah atas cintaku”

Namun, sinar masih ada buatnya…. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi…. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri…..

Hati Masih Diuji

Ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Saidina Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan. Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fatimah.

Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata..”Aku datang bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Saidina Umar juga ditolak…… Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya????

Tatlaka Sinar Cinta Menerpa
Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq, Umar Ibnu Al-Khatab, dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid…. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w….. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib????”. Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa???”

Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”……….

Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata:“Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa”…..Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”……..Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Saidina Ali untuk melamar puteri Rasulullah S.A.W…….

Merungkai Niat nan Suci

 

Beberapa waktu kemudian Saidina Ali…. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah….. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu???” Rasul Allah s.a.w. menjawab:“Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”…….Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”………….“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad S.A.W…….Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu:
“Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya……..Rasulullah mendahului berkata:…… “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!”

 

Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa……Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga……….. Dan anda ya Rasulullah adalah tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat….. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga….. hidup bersama seorang isteri…… Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasulullah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”

Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib:“Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”………“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.”“Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja.

“Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa¬jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a. Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dengan disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah S.AW….. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya:“Bahawasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”…………“Ya Rasulullah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu.

Cinta di Hati Serikandi


Mengenai Fatimah Az-zaharah….dalam suatu riwayat dikisahkan, bahawa suatu hari, Fatimah berkata kepada ‘Ali: “Maafkan aku, kerana sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku??? Dan Siapakah pemuda itu????” Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”………..

****

 

Betapa hebat peribadi dua insan agung, benar?

Inilah jalan cinta dua insan agung yang memperjuangkan hidup hanya untuk Allah dan rasulNya….Begitulah cinta yang ber’seni’kan diam….Mereka saling mencintai..tetapi memendam perasaan kerana tidak ingin cinta mereka melebihi cinta kepadaNya… memang sukar menjadi seperti mereka…namun, untuk meneladani mereka adalah satu perkara yang perlu kita lakukan…memang keimanan kita tidak akan pernah sama dengan mereka akan tetapi itu bukan alasan untuk kita tidak mencontohinya… semua ingin menjadi terbaik dan ingin lakukan yang terbaik dalam kehidupan untuk diri sendiri mahupun orang lain….

Jika kita ingin berjaya, tiada jalan lain melainkan dengan cara hidup Rasulullah dan para sahabatnya…cara hidup yang melengkapi fitrah insaniah….itu jaminan Allah…kita diberi pilihan..akan tetapi ramai memilih cara lain….ramai manusia mengetahui tentang sirah junjungan dan para sahabat tetapi mereka tidak yakin dan percaya…

Pilihlah dengan pandangan mata hati yang bersih bukan pandangan nafsu semata-mata. Berdoalah agar kita dihindarkan dari tipu daya syaitan yang memutar belitkan sesuatu yang buruk menjadi baik dipandangan kita. Sentiasalah menghampirkan diri kita pada Allah S.W.T agar kita diberi “keyakinan” dan “kepercayaan” untuk melakukannya…….

Wahai lelaki dan Wanita……

Titipkan cintamu kepada jodoh yang belum diketahui siapa, dan untuk mendapat yang terbaik, jadilah yang terbaik. Jika dirimu jatuh cinta, diamkanlah, kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu…
Ketahuilah…kita diberi pilihan…maka ikutlah kata iman

Wallahua’lam~

Sollu 'ala Rasulillah...

Bismillah~

4 Februari 2012 @Rumah ARB-Sambutan Maulidurrasul S.A.W

Today is a very special day. Ada kuliah yang disampaikan oleh Mudir Darul Ifta’,Mesir. Siapa lagi kalau bukan as-Syeikh Amru Al WarDaani. Bangga rasanya dapat bersemuka dengan beliau.

Ulama’!!

Rasa tenang mata memandang. Moga imanku bertambah dengan rasa cintakan ulama’.

Kenapa rasa special sangat kan hari ni? Hehe..sebab mudir Darul Ifta’ beri talk la. FYI,Siapa2 yang grade dari Darul Ifta’ ni boleh jadi mufti tau. Fuyyoo!! Hebat kan? 

Beliau beri talk tentang Maulidurrasul. Serius terpikat dengan cara penyampaian beliau. Sangat lemah lembut, jelas, santun dan bersahaja. Even dalam bahasa Arab,Alhamdulillah saya boleh faham sebab ada basic arab sikit2. Thanks to my dad for teaching me since 3 years old. I love bahasa Arab ^_^

Oh my Allah, really fall-in love with ulama’!!

Anyway, contents of the talk are very important kan?

Beliau banyak menerangkan tentang kecintaan terhadap Rasulullah S.A.W. Jika kita benar-benar kita cintakan Rasulullah S.A.W, apa bukti-buktinya? Antara isi yang saya faham dan boleh terjemah ialah:

Kata beliau “Sesungguhnya syurga itu terdiri dari orang-orang yang mencintai Rasulullah S.A.W”

Now,ask ourselves..kita semua nak masuk syurga kan??..

“Sesiapa yang mengingatinya, masuklah mereka kedalam syurga bersama Rasulullah S.A.W”

Apa cara kita untuk mengingati baginda S.A.W?

Of course lah selalu berselawat atas baginda betul x? Macam kita sesama manusia lah. As a simple example, kalau kita selalu ingat seseorang itu, mestilah seseorang itu akan ingat kita kan?

Hai..Awex-awex,boyfriend pun boleh ingat, xkan KEKASIH SEJATI kita xboleh ingat? Kata nak dapat syafa’at Baginda kan? Ha, selalulah ingat Rasulullah S.A.W

Tika Rasulullah S.A.W diambang kewafatan, masih Baginda ingat pada kita, sayang kan Rasulullah pada kita?

“Ummati!! Ummati!! Ummati!!” kalimah yang dilafazkan. Masih baginda ingat pada kita ummat yang selalu melupakannya.

Sollu ‘alan Nabiyyi~

“Allahumma Solli ‘ala Sayyidina Muhammad, wa ‘ala Alihi wa Sahbihi wa Baarik wa Sallim~”

Allah Allah!! Semoga Baginda merindukan kita. Semoga diketemukan dengan Baginda di syurga!!

Siapa tidak mahu duduk bersama-sama baginda? Allah, tidak tergambarkan di akal fikiran. Andai kita dipilih oleh Allah untuk bersama-sama baginda. Pasti sejuk mata memandang wajahnya yang tampan, pasti terpikat dengan akhlaknya yang menawan. Really wanna see you smile when you see me Ya Rasulullah.

And there is a question yang al-Fadhil asked us:

“Apakah kita menyedari hakikat cinta kita pada Rasulullah?!”

Hmm..banyak persoalan ni seolah-olah ditujukan pada saya. Rasa nak menangis pun ada.
Kata cintakan Rasulullah? Apa bukti-bukti nya mia?…T_T

Now,let’s ask ourselves.

Adakah kita selalu berselawat pada baginda? Adakah kita hidupkan sunnah baginda? Iman sendiri boleh jawab kan? Malu x bila muka ini lah yang mahu minta syafa’at di hari perhitungan kelak. Layak kah kita? entah-entah Rasulullah sendiri pun xmahu lihat kita. Macammana nak masuk syurga ni??..huhu

As a conclusion

“Cintailah Rasulullah S.A.W dengan sebenar-benar cinta, kerana ia salah satu dari kunci syurga”

Lastly, saya tinggalkan lirik lagu ‘The Chosen One’ by Maher Zain, jom hayati~

The Chosen One

In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
Muhammad Ya Rasul Allah

You were so caring and kind
Your soul was full of light
You are the best of mankind
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
Muhammad Ya Rasul Allah

Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by none
You are Allah’s Chosen One
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

I will try to follow your way
And do my best to live my life
As you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me
Sallu ‘ala Rasulillah, Habibil Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

Wallahu’alam 😉